Tahāfut Al-Falāsifah

Tahāfut Al-Falāsifah (Bahasa Arab: تهافت الفلاسفة‎, "Sengkarut Para Filsuf"), ialah sebuah karya agung oleh Imam Al-Ghazali, seorang ulama daripada aliran falsafah Asy'ariah, yang mengkritik pengikut faham Ibnu Sina.[1] Ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi dikutuk dalam kitab ini kerana mereka tetap mengikut falsafah Yunani walaupun ajaran mereka berselisihan dengan ajaran Islam. Tahāfut Al-Falāsifah berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa segala peristiwa dan kejadian terjadi atas kehendak dan takdir Allah dan bukannya kerana perkara-perkara yang saling berhubung kait. Ia menjadi amat popular, dan menandakan peristiwa penting dalam pengasasan falsafah Asy'ariyah dalam falsafah Islam dan perbincangan keagamaan.Kitab tersebut menaungkan keimanan melebihi falsafah dalam hal-hal yang mujarad dari pandangan manusia.